Tuesday 31 January 2012

SEJARAH SMK BANDAR TUN RAZAK, 26900, BANDAR TUN ABDUL RAZAK, PAHANG DARUL MAKMUR

 


Memandangkan keperluan yang mendesak untuk sebuah lagi sekolah menengah di Gugusan Felda Keratong 1 hingga 5, Maka kementerian Pendidikan bersama-sama dengan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP), Pejabat Pendidikan Daerah Rompin (PPDR), dan Jabatan Kerja Raya (JKR), bergabung tenaga untuk menempatkan pelajar-pelajar dari Felda Keratong 3, 4 dan 5 di sebuah sekolah yang baru. Pembinaan bangunan pada tahun 2000, penyerahan bangunan dilakukan pada bulan Mei 2001 oleh JKR kepada JPNP. Sekolah baru ini diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak atas cadangan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri. Nama ini diambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia dan bersesuaian pula dengan nama tempat ini iaitu Bandar Tun Abdul Razak. Maklumat lanjut SMK Bandar Tun Razak ...Klik di sini

No comments:

Post a Comment